Sunday, April 5, 2015

Kopi vietnam

Masa kat betnam tempohari... Salah sorg ahli rombongan nak beli kopi.. so kopi betnam katanya femes sbb sedap dan wangi... Memang pun ye! Tak dinafikan. Cuma kalini punya trip aku minum seteguk je sbb tekak dan kepala mcm xbrapa nk ok... Takut panas badan dan x selesa sepanjang 4 hari kat sana. Aku memilih air kosong je dari mencuba kopi betnam. Ok kembali pada kisah kopinya.. setelah ditawar2 bergaduh mulut dan kalkulator bagai.. barulah deal harga yg diingini.. setelah setuju.. dia amik biji kopi tu dan masuk dalam mesin. Pergh! Kat situ jugak dia grind kopi tersebut upanya.. kat atas kaki lima tu.. aku dah kembang2 tekak la jugak kan.. sbb rs cam.. hm... Knapa xde tmpat lebih bersih weii.. tp xpelah..dah ahli rombongan yg nk beli tu nampk dia ok je dgn situasi tersebut... Habis kisar ( grind) kopi tu pun ditimbang ikut kg yg dia nak beli dan masuk pek.. siap! Stiker apa bagai.. wahhh rupa dah siap sebijik macam kedai2 mahal jual. Dan aku tepikir. Di sebalik tabir adakah tmpat diorg grind juga sebegini hendaknya??ohohoho......

Kerja vs berhenti kerja ( part 2 )

Dekat setahun aku kerja dgn david. Boss dekat s.t li & co. Byk benda aku belajar. Sbb situ staff ada 4 ketoi je. Semua cina dan aku sorg je melayu. Sistem semua pakai jenis lama.. disket lagi bagai. Phewww..  mujur aku celik computer..disket pun xpe.. haha..

Lepas kerja situ...bf aku masa diploma dlu antar family dia utk merisik.. eceh.. kemain di risik2. Lepas risikan dilakukan.. kami pun diskas.. xkan aku selamanya nk kerja kat ipoh dan dia kat selangor..

Oklah fine. Aku amik langkah benti kerja dan mulakan life di KL. Tah macam mana tesangkut job as lecturer accounting kat unikop kL.. pergh.. mengajar la pulokkk..  dahla subjek dapat semua yg aku rs mcm nk mati masa belajar dlu.. costing, accounting, auditting... Hiyargh!!!! Tp sahut juga semua yg di assign oleh k.p (ketua program) ms tu.. nak tanak siang malam semua nota aku study semula. Sebelum start kelas.. kenala sendiri paham dlu. Nk ngadap student ... Kang kna soal balik naya den...

Alhamdulillah.  Sesi ajar dan diajar dan mngajar berjalan lancar.. seronok yg amat!! Aku pun brulah rs macam.. eleh..senanh upanya costing.. (dulu asek gagal je time test.) Final pun lulus ngam2 ckup makan.. hekeelleh..

Masa mngadap student. Aku x benti lagi berbiznes. Kalini lebih mudah. Sbb student kot..suka tudung!! Selamba abis kelas aku bgtau siapa nk tgok shawl ke apa.. meh dtg bilik lecturer. Apa lagi. Truk kna kerumum.. best gilos!!! Online pun masih on.. jlan cam biasa.

Hehe.. ms tu x pk pun nk benti keja.. dah knapa nk benti kalau boleh masuk 2 in 1 kan.. so trus mngajar smbil beniaga..

Xlama pastu.  Lepas dah tunang... Masa nk ikat diri ngn perkahwinan.. time tu mula lah.. incik tunang suruh pikir2kan lagi. Smpai bila nk dok kl - selangor ni.. dia mmg xmo pindah kl.. akulah lagi skali kna move. Sedihnya time ni toksah ckplah.. xleh digambar dgn kata2.. seronok jd pengajar upanya...huhu

Apa aku buat next? Tgy next entry.. hahahaha..

Jalan - jalan vietnam

Sebabkan birthday girl yg gomok ni bulan february lalu.. mak mentua dgn senang hatinya bagi present.. cuti 4 hari 3 malam kr betnam kaw!!! Tp bersama dia lah.. x kisah la labu.. mak juga kan.. so hadiah diterima dgn hati yg terbuka dan berlapang dada. Alhamdulillah.

Kiranya ni kali ke 4 aku ke bumi vietnam. Tak kira brapa byk kali pun ke sana. Duit soping tak pernahnya cukup..uhuhuhu..

So kalini punya trip memang rekod dan bersejarah sbb bawak duit belanja rm300 je.. rm50 duit sendiri dan rm250 pemberian suami. Dgn harapan.. ckupla ni duit utk makan2 dan tambang taxi hendaknya..haha

Tp.. lain pulak yg jadi wei.. smpi sana semua bertukar 360 darjah. Hehe.. mana taknya. Akula gatai pegi open order untuk org2 mesia.. apa lagi..order menderu2 weii.. tak menang tangan aku nk layan. Haaa.. amik kaw!

Apa2 pun..ending duit mak men yg habis aku kerjakan.. ihiks.. sori mak. Sy x sengaja.. dan kena tmbh luggage lagi.walau dah tmbah.. pun masih x ckup lagi!!! Dah sudah... Mmg xde jalan lain. Melainkan kargokan aje yg selebihnya. Mujur sorg brader vetnam ni sudi nk tolong  since kami dah mmborong sakan kat kedai dia hampir tiap2 malam. Hehe..

Kiranya trip kalini namanya.. membiakkan duit rm50 menjadi rm1000.. alhamdulillah..

Tq pada semua yg beri kerjasama x terhingga.. pd yg byk membantu juga..dan pd yg tak jemu2 menaruh percaya. Love u ols.

Arini dah di malaysia. Sakit2 badan toksah cerita la wei.. ms kat sana kemain sakan..sakit setitik pun non hadooo.. hehe..

Friday, March 27, 2015

Kerja vs berhenti kerja (part 1)

Aku grad dr uitm dgn ijazah perakaunan... Lepas grad kerja pertama aku ialah di ipoh.. ms tu tahun 2009. Gaji basic rm900 je.. time tu nk pegi kerja.. kawasan rumah xde bas. Asek suruh abah amik dan antar.. lama2 naik skuter pulak.. asek panas ujan.. selalu sakit.. maka beli la keta.. persona AGX bucuk aku ni.. bulan2 rm600 je utk keta... With gaji rm900 ko rasa ckup ke? Haruslah idok.. maka aku buat biznes online.. actly setup lama dah. Ms study lagi. Tapi sbbkan nk tmbh income..aku sggup unpaid leave utk masuk niaga kat jkr la.. mbi la.. puo la.. income sehari lebih dr unpaid leave tu sendiri.. hehe.. tapi aku x benti keje.. masih makan gaji. Niat nk kumpul ilmu akaun di dunia sebenar betul2 dlu.

Lepas tu apa aku buat? Aha.. aku sambung next entry lah. Hehehe..

Neway...masa tu biz aku nama "enichanshawl" ahax.. gedik tak nama. Lol

Wednesday, March 25, 2015

Instant shawl double loop

Double Loop Myraa Plain

Harga yg sangat mampumilik
Lycra 100%
Labuh DEPAN dan BELAKANG yang boleh adjust
Pelbagai warna
Tidak perlu gosok
Pinless
Tidak perlu lilit
Hanya SARUNG dan SIAP!

Harga : RM49
Harga Promosi : RM25 !!!!!

Cara nak pakai.. korang boleh check out the TUTORIAL video ni ya...

https://www.youtube.com/watch?v=qi2ASufn1w0

Saturday, March 21, 2015

Ini tahun ke 3 perkahwinan kami

21januari2015

Tarikh ni tiap tahun akan jadi salah satu tarikh paling penting dalam hidup aku.

Terima kasih atas segala kasih sayang
Tegur nasihat
Tolak ansur

Awk sentiasa di hati saya. Inshaallah.. ouch! Hik3

Thursday, March 19, 2015

Syukur Allah masih sayang

Semalam 18.03.15 abang lang dan isteri serta 3 anaknya terlibat dalam kemalangan. Abang lang ni abang kandung aku. Dalam carta adik beradik dia yg nombor 3. Kami dapat berita diorg kemalangan lepas sebuh semalam. Abg lang aku antar gambar kereta remuk teruk kat group wasap keluarga. Punyalah aku tekejut.. daripada nak tido2 ayam lepas subuh tu terua tak jadi.. berdebar2 terus dan tak tentu arah blurr taktau apa nak buat. Sebab diorg kemalangan di hiway ayerhitam johor. Jauh juga bila dipikir2 nk ke sana. Nak jadikan kisah. Abang de aku.. abang yg dalam carta adik beradik no.4 berhajat ke johor nk tgok keadaan abang dan keluarga macam mana. So aku mintak izin suami ..dia kata ok.. then kitorg pun pergilah.

Masa smpai.. menangis abang lang ni.. sedih + sebak agaknya bila nampak mak.. mak pun follow sekali. Mujur mak aku ni ada bercuti di shah alam. Tu yg kami sekereta pergi ni.

Keadaan abang nampak penat dan sakit. Tapi tiada kecedaraan luar. Anak2 dia pun semua ok. Dan nenek diorg yg kat jB pun dah dtg dan bawak semua balik. Cuma tinggal k.liza yg agk kritikal sbb dia tgh sarat mengandung.

K.liza kena tahan wad. Pergelangan tgn patah dan kepala berjahit. Bibir pun pecah.. kesiannya aku tgok.. dgn pregnant lagi.. mana nak selesa kan bila kena begini. Tapi apakan daya kena hadap juga ujian ni.

Arini baru kami nak balik ke rumah semula. Kalau xda aral k.liza akan dipindahkan ke wad jB. Lebih dekat dgn rumah mak dia.. so senang sikit org dtg.. doakan semua urusan mereka ni lancar.. syukur pada Allah.. takda yg lebih kritikal dari ini.. alhamdulillah... Alhamdulillah.. alhamdulillah...