Saturday, August 14, 2010

Ribut Taufan di PARAM Jasin, Melaka


wah....dalam2 peniaga baru stat nk setting gerai masing2..kejadian ribut nih berlaku sekitar pukul 4.45 ptg semalam..iaitu 13 Ogos 2010...kesian..abis semua barang2...makanan...duit2..berterabur kat atas jalan..

dan yg paling kesian lagi ialah...3 org meninggal dunia dan 18 org cedera..yg meninggal tuh dikatakan semuanya cedera kat kepala akibat terkena kaki payung gerai..masyaAllah...Dua peniaga yang terbunuh dalam kejadian pukul ribut itu ialah pembantu peniaga murtabak, Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu yang meninggal di Hospital Jasin; peniaga cendol, Abdul bin Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini yang meninggal dunia ditempat kejadian dan pengunjung Muhammad bin Wahab, 49, dari Kampung Rim yang meninggal di Hospital Melaka.

walau apepon..takziah diucapkan untuk keluarga mangsa..semoga roh mereka dicucuri Rahmat..Al-Fatihah...setiap kejadian pasti ada hikmah...

p/s: pada kita yg masih hidup nih...mari sama2 tingkatkan amal ibadat...selalu2 la igt yg ajal nih x kira tempat, masa dan siapa....waallahualam...

3 comments:

Amyza_nia said...

Takziah kepada mangsa dan keluarga..semalam memang nampak gelap sangat kat belah jasin..

ms.GrEEn said...

amyza-org jasin ke?

Tomato Gurl's Life said...

takziah...hurm maybe peringatan..