Sunday, July 19, 2015

Selamat hari raya 2015

lepas Ramadhan... Syawal pasti tiba.. mcm.biasa time syawal ni semua benda nak tibai makan. Paling x boleh nk elak ialah sakit perut ..cirit birit dan berat badan naik mendadak. Hahahaha..

So tak payah beria ngan makanan2 raya.. yg paling best time raya .. gambar2 raya itu wajipppp...

Monday, June 8, 2015

Bandung, Indonesia

ini 1st flight yang membawa aku merantau ke negara orang. Trip ke Bandung, Indonesia. Tarikhnya aku tak ingat tapi aku sangat ingat benda ni happen few months lepas aku kawen dan join group family pak bedul ni masa tu tahun 2012.. family hubby punya mak dan pak menakan ... diorg ni ramai.. so senang bila di ajak bercuti sesama ramai je nk follow sekali

Kitorg amik hotel di area cihampelas. Cihampelas ni antara yg menarik ada banyak kedai berderet2 di kawasan hotelnya. walaupun hotelnya tidaklah besar sangat tapi cukup selesa dengan kelengkapan2 diberi.

Antara tempat wajib dikunjungi untuk kaki shopping jika ke bandung mestilah...



1. Rumah mode
rumah mode ni kawasan niaga yg jual brg2 branded tapi pada harga yg sangat mampu milik. aku ni dahla buta brand. mmg bukan sejenis perempuan yg pandai sangat brand2 ni. jenis redah je semua pun dan yg pasti kalau mahai memang xkan beli pun. haha..hubby paling suka rumah mode ni sebab banyak gila kasut yg cool2 dan tshirt2 yg ohsem. laki memang akan sukalah kesini.. dengan shades yg pelbagai jenama lagi.. clutch.. tali pinggang.. seluar2.. semualah.. untuk lelaki dan perempuan..sama rata. dia punya fitting room asing2. bgus juga kan :) tapi sini fixed price..jgn dok mintak diskaun. xde sesen pun dia bagi ye


2. Pasar Baru
Pasar baru ni kalau nak puas kena datang pagi2... kat sinilah aku dengar perkataan baru "pecah telur" which means..kita org pertama.. tawar dan beli brg tu sampai jadi. dan sedaya upaya org kedai2 situ percaya kalau mereka kehilangan customer yg mula2 untuk "pecah telur" tu.. kedai tu dikira akan suwei la sepanjang hari.. so sebab tu sedaya upaya mereka cuba close sales pepagi tu tak kira dengan berapa diskaun di minta customer.. gila kan? tapi tulah bestnya pasar baru ni.. kena ada tawar menawar skill yg hebat. kalau perlu bergaduh..silakan. hahahaha.. jgn malu2.. kalau malu mmg mahai la beli


3. Toko 3
Toko 3 ni kedai jual pakaian lagi. Tapi sini paling banyak ialah seluar JEANS yg pelbagai jenama. mcm2 ada...pada kualiti yg terbaik dan best. harga toksah cakaplah. mmg tiotop! tahan lasak baq hang! kat sini hubby dan  pak men mmg soping sakan.




4. Bandung Transtudio
bandung transtudio ni macam times square kita kat sinilah.. cuma ianya lebih besar dan ada macam2 indoor dan outdoor, ala2 genting pun hado, tapi yg bestnya dia punya games,...adoi mencabar sesangat la weiii.. aku ni jenis tak tahan main2 benda2 ni. pening! so banyaknya aku join yg indoor masuk2 show.. gitu2 je.. yg pusing2 naik turun tu..aku main dua je.. satu roller coaster F1 yg bapak laju nak mmpos! dan satu lagi ala2 solero tu.. yg naik atas dan bammm! dia tetiba jatuh ke bawah, gila betul..jntung rasa kena rentap2 tak dan nk dok diam2. hahahahaha... kat sini bila dah keluar ada byk soping shop lagi. pun brg2nya jauh lebih murah dari malaysia. kasut..jersi..purse


5. Factory outlet
Factory outlet ni maksudnya bukan dia jual barang tu sebijik macam butik2 jenama luar jual.. diorg pembuat dari material yg sama tapi mereka tidak guna brand yg sama. kira ala2 gred AAA pun ada. atau mmg sebijik barang ori tapi ditukar nama sikit atau tiada nama langsung. gitu. masa kat sini ada banyak bangunan.. kena pergi satu persatu..dan setiapnya jual benda yg lain2 tak sama. brg2 kulit memang power hendaknya.

dalam banyak2 trip shopping kat bandung masa ni.. aku paling terkesan tengok cara hidup dan taraf hidup mereka. diorg akan cuba untuk jual apa sahaja atau beri servis tak kira apa bentuk jua untuk dapat income dari pelancong2 yg datang dari serata dunia. tak kira dari kanak2 sampai yg dewasa. semua pndai gunakan peluang. penah ada satu malam tu hujan lebat dan kami jalan menyusuri kaki lima perlahan2 sambil basah2 sikit. tiba2 kami didatangi dua org kanak2 indonesia yg basah lencun sambil hulurkan payung... kami cakap kami ramai.. budak berdua tu suruh kami tunggu kejap.. diorg berlari.. mancari kawan2 mereka.. tiba2 je sampai ngam2 cukup payung untuk kami ni... ramai budak2nya.. rupanya mereka sediakan  payung dan kita bayar servis mereka selepas itu. paling terkesan di hati ialah payung tu siap mereka yg pegangkan smbil mereka basah lencun kena hujan.. kami je dipayungkan. aduhai luluh rasa hati tengok umur2 baya adik2 aku je. sedang kita senang lenang malam tengok tv atau berbual2 kosong..mereka di indonesia sibuk mencari duit. bila ditanya kenapa belum pulang.. katanya mau cari duit biaya sekolah. malam aja ada masa. siang tak boleh kena ke sekolah buat bantu mak ayah.. huwaaa!!! sedih betul rasa..  masa ni aku rasa bertuahnya aku anak malaysia, aku tak perlu mengemis sampai sebegini sekali untuk sekolah walau mak abah aku juga bukan senang orgnya. syukur aku masih dapat macam2 bantuan dari kerajaan malaysia. Alhamdulillah.


bercuti itu terapi : Flight 1st dalam hidup

sejak 3 tahun bergelar isteri orang... cuti pertama yg perlu naik flight ialah ke BANDUNG, indonesia. serius... sejak 20++ tahun hidup..ini flight pertama dalam kamus hidup aku. bukan tak teringin.. lama benar nak merasa tapi xkesampaian dek kerana kewangan tidak mengizinkan. syukur...memang benar kata orang rezeki lepas kawen ni lain benar jadinya...merata aku dapat pergi dah dengan flight sampai rasa tamau naik pun hado dah.. hahahahaha. tapi tula.. aku masih belum berpeluang untuk berkongsi informasi dan pengalaman best ke tempat org. inshaaAllah. kalau ada kelapangan.. memang aku nak buat entry2 berjalan sana sini aku ni.

so ... akan aku kongsi satu persatu percutian yg aku dah pergi ya... semua aku nak simpan dalam blog ni.... senang aku nk korek2 kenangan pun ye jugak.. acah2 one stop centre gitu. :)

Monday, May 18, 2015

Pastel double loop shawl

NEW !!!
Pastel colours ONLY!

Sejenis Shawl bermuka dua
Double Loop Shawl

* tak payah lilit
* tak payah gosok
* soft awning yg utuh
* boleh basuh mesin

TERHAD!

Material : Lycra
Price : RM69 (postage FREE)

Berminat roger terus 0175380701

Hanya klik #pasteldoubleloopshawl  utk tgok2 warna2 lain yg available ya.

#doublelooppastel #doubleloopshawl  #doubleloopshawlmurah #shawltakpayahlilit #shawldualubang #pinlessdoubleloop #instantshawl

Wednesday, April 15, 2015

Travel agency golden explorer cakap bebelit2

HATI2 DGN TRAVEL AGENCY NAMA GOLDEN EXPLORER
***************************************

Salam..
Ini kisah benar ya.. org dari golden explorer ni nama dia zeti...kak zeti katanya ex pramugari mas.. benti sbb gembira kerja di golden explorer utk tolong org2 suka bejalan ni dpt benefit dan free itu ini smbil melancong. Gituuuuu!!!

Dia dpt nmbo aku hasil rekemendasi dr kawan skolah.. taktik dia mudah.. dia akan jadi mcm kawan korg yg korg kenal betahun lamanya..mesra...ramah.. power x power.. dia cuma akan ajukan soklan.. " sue..s***m*** ni awk knai kan... Kawan skolah ke stu uni eh? " pancing tu nampak... Aku pun jawab jela.. " ohhh tu kawan skolah." Maklumlah aku pun peramah...  Dia ni akan call2 dan call byk2 kali smpila stu tahap dia dapat smpaikan hal berkenaan hotel free dan benefit2 yg dapat jika sign up dgn agency diorg ni..aku rs dia ni call aku dekat 10x jugaklah.

Aku memang x minat pun. Tp bila dgr dia punya janji yg wowweeeiii.. siapa tak mau kan.. mulanya aku mintak keterangan bertulis.. antar je kat email. Aku baca dan nnt klo beminat aku sign dan bayar la... Ohhh katanya.. xleh dik..semua ni kena by keterangan..kalau baca nnt adik x faham dan jadi lebih salah faham. Biar kita explain dan adik dengar k.. dia pun mulalah.... Bla3.. hotel free.. bla3.. xde expired date... bla3.. melancong dgn tour2 free... Bla3.. boleh claim minyak... Bla3... Byklah..janjinya..mmg indah dan manis belaka

Nak dipendekkan kisah..aku pun...diam dan excited.. rasa mcm ok.. mcm best.. tp xpelah..bgla masa kak kita pikir dan tnya suami... Lgpun kad kedit xde..suami pgg semua..  waahhh selamba dia mintak meh nmbo tepon suami awk dik.akak kolkan... K.zeti ni betoi ke idokkk... Pastu dia bg option lain pulak.. awk ada debit kad.. aku ckpla ada... Sibuk dia tnya ko keje apa dik...laaaa x keje? Mesti suami ko gaji beso ni dik..dia bg ko dok umah je... Klo akk jd ko dik.. bek becuti2 ni.. best apa....xde hal kerja nk pk.xpayah apply cuti bagai2..... pot pet pot pet... Smpailah satu ketika dia kata.. eh.. akak nk tryla cek ko punya debit kad tu masih aktif ke tidak eh dik

Sambil2 dia selit..kata kawan aku yg nama sipolan dan sipolan dah sign up dik..diorg nk cuti ke medan... Ke hanoi betnam.. ke hongkong.. ke aussie.. amboiiiiii... Dalam ati aku.. wohh mesti best ni..sbb rmi rakan2 seangkatan sign up.... Akula bodo xtnya diorg btui ke idak pulak kan..sbb dia wasapkan list nama weiii..siap tepi list nama tu tulis paid..paid..paid... Mmg halus!!! Upanya nama sipolan2 dia petik..x sign up pun.. tp ms tau tu dah telambat pun ha.. padan muka aku lagi.

Kita yg dah syok besembang sbb dia kata laki aku kaya bagai2 kan.. kembang la setaman.. (dasar manusia xleh kena puji mmg ginilah) hahaha.. so aku pun selamba x pikir apa sgt... Bacakan dia nmbo kad debit depan tu.. telajak skali dia tnya expired date... Aku pun bagi.. dalam ati pk.. xpe kot.. sbb dia xtau nmbo cvc ( 3 angka blakang kad) tu.. so xkanlah jadi apa2..  tup2 kata k.zeti ni.. haaa.. kad ko ni boleh guna dik... Akak sambungkan ko kat kawan akak jap.. nnt dia explain

Aku pun tgula.. sbb diaorg yg call kan. Jadi tgu sekejap dia smbungkan ke shona.. kawan dia.. skali shona ni kata.. transaksi sign up awk dah sukses.. tolong bacakan email apa semua kita nak hantar dokumen2 yg awk dpt bagai2.. dan kita nk poskan juga sekian2 voucher... Demm!!! Bila pulak aku setuju nk sign up? Korg nmpk permainannya kat situ? Nmpk x?ms tu aku ckp..la..xdepun sy setuju kak nak sign up.. dia twist balik aku.. katanya.. eh.. kalau xnak knapa bg nmbo kad td..aduhai..sistem dah tolak dik..kita takleh buat apa. tegamam aku kot!!! Pastu xpelah..pujuk ati.. xpekot servis ni.. mgkin bagus..senang nk p bejalan..

Upanya.. jnji manis diorg.. mmg lgsg!!! Hampeh!!!

So pd korg2 yg dah terrekemenkan kawan2 korg yg 8 org atau lebih tu.. tolong igtkan kawan korg jgn sebut apa2 pun nmbo kat kad.. tak payah!!! Join pun xpayah...klo rs nk join jugak lantak korg lah..

Privilege dia bg pun..bukan sebagus dikata. Hotel2 dia.. choiiii.. menangis klo ko tgok list dia bagi..lgsg x sama mcm cakap2 manis k.zeti tu..  tour yg kata free? Bila ckp nk g sekian2 dia bg qtion bgai .. mahai nk mmpos! Mana free tah? Claim minyak? kawan aku smpai arini seposen pun x dpt lagi.. tgu turn katanya.. pastu..kata dia voucher tu bila2 pun boleh guna.. tp bila dpt voucher.. nah! Ada expired date la weiiii... Pastu stu tmpat becuti xleh guna voucher tu serentak.. kena guna lain2 time.. woiii.. nk becuti brapa kali setahun camni?

Jadi tolong ya.. hadik hakak sedara mara kawan2 semua.. jika ada nama agency atau modus operandi sebegini call korg..xpayahla layan.. bila.dilayan akan terbanglah RM korg skali.. bukan sikit la wei.. rm599!!! Bg korg yg beharta byk..xkisah la kot...mcm aku yg kurg kaya ni.. rm599 ni boleh makan kentaki 600x oiii. Huhuhuhuhu...

Pada kawan2 aku yg aku rekemenkan korg... Aku juga mohon maaf.. ampun zahir batin.. aku xtau mcm ni servis taik diorg... Jgn simpan dndam sama aku.. aku betul2 mntak maaf... :( manusia camni aku doakan Allah bg kesedaran dan hidayah kat diorg... Pk sikit rezeki dpt cara camni.. ckp belit2.. berkat atau tidak....sekian

Aku yg padan muka,
S.M.Y

*viralkanlah kalo sudi.. xmo ramai lagi terbagi nmbo kad mcm aku ni

Saturday, April 11, 2015

Dress untuk kanak2

Preorder...
DRESS KANAK - KANAK

Close date : 30th april 2015
Estimate terima brg : mid of May
Original from vietnam
Material : lycra with lace
Size available : 2 4 6 8 10 dan 12

Berminat : wasap / mesej 0175380701

* kindly do take note. Preorder ini akan diambil hanya dengan bayaran sahaja. (70% minimum)
Kualiti tip top terbaeeekkk

Tuesday, April 7, 2015

Kerja vs berhenti kerja (part 3)

Dekat setaun juga jadi lecturer a.k.a tutor kat unikop. Seronok.. nak2 bila student tu grad dan masih igt kita. Smpi hari ni kot... Diorg yg masih keep in touch akan tegur2 dan wish hari2 penting mcm teachers day..birthday... Haiyooo indahnya jadi tenaga pengajar rupanya... Patutlah byk pahala utk org yg ikhlas mberi ilmu kan...

So next kerja..account exec kat company di kreateevee.. glenmarie shah alam. X sampai sebulan kerja dah mntak cuti dkt 2mgu kat bos gara2 nak kawen baq hang!!!! Haha.. tp masa tu bos sporting. Adrian finance manager paling best. Dan edward ceo company paling kool dan frankie chairman yg sporting. Tiap2 bulan mesti ada agenda lunch satu company. Masa aku masuk dlu.. aku je admin perempuan kat level administration. So aku terima arahan direct dr adrian dan lapor semua kerja ke edward dan frankie juga. Mmg best. Kira setiap detail syarikat ..akaun..logistik...oder barang..pasang brg.. semua aku yg handle. Tp tula.. lama2 ms company makin growing.. kerja makin menimbun2.. boss pun pk perlu hiredkan aku assistant. Hamik 2 org skali dapat. Alhamdulillah..

Aku xde masalah utk kerja di kreateevee. Tp tula. Bila asek balik malam. Mak mentua mula bunyik2 juga. Huhu. Suami ok. Paham. Dan kebetulan bizNes masa tu meletop bagai nk gila.. semua aku rs x smpat..

So aku dan suami pk habis2.. rasanya cukuplah pengalaman makan gaji ni. Lets fokus for biz. My own biz. Ms tahun nilah aku buat keputusan paling besar dlam hidup utk tinggalkan kerja yg bergaji xxxx setiap bulan tu kepada kerja sendiri yg xpasti sebulan brapa2 pun.. nekad! Suami senang je... Dia kata kalau pun biz x menjadi lepas berenti kerja.. its ok..kerjalah balik.. experience u dah ada apa... So apa nak risau...

Thanks alot pada suami yg terlalu open minded..  supportive tak terhingga dari dlu sampai ke hari ini... Alhamdulillah langkah kecil dulu kini dah makin nampak arahnya. Kami makin maju ke depan.. dan depan.. walau tak femes. Tp kami dah pun ada mini kilang sendiri utk produce brg2 muslimah secara pukal. Syukur alhamdulillah.

Too grow big... We must start small... ������

Sunday, April 5, 2015

Kopi vietnam

Masa kat betnam tempohari... Salah sorg ahli rombongan nak beli kopi.. so kopi betnam katanya femes sbb sedap dan wangi... Memang pun ye! Tak dinafikan. Cuma kalini punya trip aku minum seteguk je sbb tekak dan kepala mcm xbrapa nk ok... Takut panas badan dan x selesa sepanjang 4 hari kat sana. Aku memilih air kosong je dari mencuba kopi betnam. Ok kembali pada kisah kopinya.. setelah ditawar2 bergaduh mulut dan kalkulator bagai.. barulah deal harga yg diingini.. setelah setuju.. dia amik biji kopi tu dan masuk dalam mesin. Pergh! Kat situ jugak dia grind kopi tersebut upanya.. kat atas kaki lima tu.. aku dah kembang2 tekak la jugak kan.. sbb rs cam.. hm... Knapa xde tmpat lebih bersih weii.. tp xpelah..dah ahli rombongan yg nk beli tu nampk dia ok je dgn situasi tersebut... Habis kisar ( grind) kopi tu pun ditimbang ikut kg yg dia nak beli dan masuk pek.. siap! Stiker apa bagai.. wahhh rupa dah siap sebijik macam kedai2 mahal jual. Dan aku tepikir. Di sebalik tabir adakah tmpat diorg grind juga sebegini hendaknya??ohohoho......

Kerja vs berhenti kerja ( part 2 )

Dekat setahun aku kerja dgn david. Boss dekat s.t li & co. Byk benda aku belajar. Sbb situ staff ada 4 ketoi je. Semua cina dan aku sorg je melayu. Sistem semua pakai jenis lama.. disket lagi bagai. Phewww..  mujur aku celik computer..disket pun xpe.. haha..

Lepas kerja situ...bf aku masa diploma dlu antar family dia utk merisik.. eceh.. kemain di risik2. Lepas risikan dilakukan.. kami pun diskas.. xkan aku selamanya nk kerja kat ipoh dan dia kat selangor..

Oklah fine. Aku amik langkah benti kerja dan mulakan life di KL. Tah macam mana tesangkut job as lecturer accounting kat unikop kL.. pergh.. mengajar la pulokkk..  dahla subjek dapat semua yg aku rs mcm nk mati masa belajar dlu.. costing, accounting, auditting... Hiyargh!!!! Tp sahut juga semua yg di assign oleh k.p (ketua program) ms tu.. nak tanak siang malam semua nota aku study semula. Sebelum start kelas.. kenala sendiri paham dlu. Nk ngadap student ... Kang kna soal balik naya den...

Alhamdulillah.  Sesi ajar dan diajar dan mngajar berjalan lancar.. seronok yg amat!! Aku pun brulah rs macam.. eleh..senanh upanya costing.. (dulu asek gagal je time test.) Final pun lulus ngam2 ckup makan.. hekeelleh..

Masa mngadap student. Aku x benti lagi berbiznes. Kalini lebih mudah. Sbb student kot..suka tudung!! Selamba abis kelas aku bgtau siapa nk tgok shawl ke apa.. meh dtg bilik lecturer. Apa lagi. Truk kna kerumum.. best gilos!!! Online pun masih on.. jlan cam biasa.

Hehe.. ms tu x pk pun nk benti keja.. dah knapa nk benti kalau boleh masuk 2 in 1 kan.. so trus mngajar smbil beniaga..

Xlama pastu.  Lepas dah tunang... Masa nk ikat diri ngn perkahwinan.. time tu mula lah.. incik tunang suruh pikir2kan lagi. Smpai bila nk dok kl - selangor ni.. dia mmg xmo pindah kl.. akulah lagi skali kna move. Sedihnya time ni toksah ckplah.. xleh digambar dgn kata2.. seronok jd pengajar upanya...huhu

Apa aku buat next? Tgy next entry.. hahahaha..

Jalan - jalan vietnam

Sebabkan birthday girl yg gomok ni bulan february lalu.. mak mentua dgn senang hatinya bagi present.. cuti 4 hari 3 malam kr betnam kaw!!! Tp bersama dia lah.. x kisah la labu.. mak juga kan.. so hadiah diterima dgn hati yg terbuka dan berlapang dada. Alhamdulillah.

Kiranya ni kali ke 4 aku ke bumi vietnam. Tak kira brapa byk kali pun ke sana. Duit soping tak pernahnya cukup..uhuhuhu..

So kalini punya trip memang rekod dan bersejarah sbb bawak duit belanja rm300 je.. rm50 duit sendiri dan rm250 pemberian suami. Dgn harapan.. ckupla ni duit utk makan2 dan tambang taxi hendaknya..haha

Tp.. lain pulak yg jadi wei.. smpi sana semua bertukar 360 darjah. Hehe.. mana taknya. Akula gatai pegi open order untuk org2 mesia.. apa lagi..order menderu2 weii.. tak menang tangan aku nk layan. Haaa.. amik kaw!

Apa2 pun..ending duit mak men yg habis aku kerjakan.. ihiks.. sori mak. Sy x sengaja.. dan kena tmbh luggage lagi.walau dah tmbah.. pun masih x ckup lagi!!! Dah sudah... Mmg xde jalan lain. Melainkan kargokan aje yg selebihnya. Mujur sorg brader vetnam ni sudi nk tolong  since kami dah mmborong sakan kat kedai dia hampir tiap2 malam. Hehe..

Kiranya trip kalini namanya.. membiakkan duit rm50 menjadi rm1000.. alhamdulillah..

Tq pada semua yg beri kerjasama x terhingga.. pd yg byk membantu juga..dan pd yg tak jemu2 menaruh percaya. Love u ols.

Arini dah di malaysia. Sakit2 badan toksah cerita la wei.. ms kat sana kemain sakan..sakit setitik pun non hadooo.. hehe..

Friday, March 27, 2015

Kerja vs berhenti kerja (part 1)

Aku grad dr uitm dgn ijazah perakaunan... Lepas grad kerja pertama aku ialah di ipoh.. ms tu tahun 2009. Gaji basic rm900 je.. time tu nk pegi kerja.. kawasan rumah xde bas. Asek suruh abah amik dan antar.. lama2 naik skuter pulak.. asek panas ujan.. selalu sakit.. maka beli la keta.. persona AGX bucuk aku ni.. bulan2 rm600 je utk keta... With gaji rm900 ko rasa ckup ke? Haruslah idok.. maka aku buat biznes online.. actly setup lama dah. Ms study lagi. Tapi sbbkan nk tmbh income..aku sggup unpaid leave utk masuk niaga kat jkr la.. mbi la.. puo la.. income sehari lebih dr unpaid leave tu sendiri.. hehe.. tapi aku x benti keje.. masih makan gaji. Niat nk kumpul ilmu akaun di dunia sebenar betul2 dlu.

Lepas tu apa aku buat? Aha.. aku sambung next entry lah. Hehehe..

Neway...masa tu biz aku nama "enichanshawl" ahax.. gedik tak nama. Lol

Wednesday, March 25, 2015

Instant shawl double loop

Double Loop Myraa Plain

Harga yg sangat mampumilik
Lycra 100%
Labuh DEPAN dan BELAKANG yang boleh adjust
Pelbagai warna
Tidak perlu gosok
Pinless
Tidak perlu lilit
Hanya SARUNG dan SIAP!

Harga : RM49
Harga Promosi : RM25 !!!!!

Cara nak pakai.. korang boleh check out the TUTORIAL video ni ya...

https://www.youtube.com/watch?v=qi2ASufn1w0

Saturday, March 21, 2015

Ini tahun ke 3 perkahwinan kami

21januari2015

Tarikh ni tiap tahun akan jadi salah satu tarikh paling penting dalam hidup aku.

Terima kasih atas segala kasih sayang
Tegur nasihat
Tolak ansur

Awk sentiasa di hati saya. Inshaallah.. ouch! Hik3

Thursday, March 19, 2015

Syukur Allah masih sayang

Semalam 18.03.15 abang lang dan isteri serta 3 anaknya terlibat dalam kemalangan. Abang lang ni abang kandung aku. Dalam carta adik beradik dia yg nombor 3. Kami dapat berita diorg kemalangan lepas sebuh semalam. Abg lang aku antar gambar kereta remuk teruk kat group wasap keluarga. Punyalah aku tekejut.. daripada nak tido2 ayam lepas subuh tu terua tak jadi.. berdebar2 terus dan tak tentu arah blurr taktau apa nak buat. Sebab diorg kemalangan di hiway ayerhitam johor. Jauh juga bila dipikir2 nk ke sana. Nak jadikan kisah. Abang de aku.. abang yg dalam carta adik beradik no.4 berhajat ke johor nk tgok keadaan abang dan keluarga macam mana. So aku mintak izin suami ..dia kata ok.. then kitorg pun pergilah.

Masa smpai.. menangis abang lang ni.. sedih + sebak agaknya bila nampak mak.. mak pun follow sekali. Mujur mak aku ni ada bercuti di shah alam. Tu yg kami sekereta pergi ni.

Keadaan abang nampak penat dan sakit. Tapi tiada kecedaraan luar. Anak2 dia pun semua ok. Dan nenek diorg yg kat jB pun dah dtg dan bawak semua balik. Cuma tinggal k.liza yg agk kritikal sbb dia tgh sarat mengandung.

K.liza kena tahan wad. Pergelangan tgn patah dan kepala berjahit. Bibir pun pecah.. kesiannya aku tgok.. dgn pregnant lagi.. mana nak selesa kan bila kena begini. Tapi apakan daya kena hadap juga ujian ni.

Arini baru kami nak balik ke rumah semula. Kalau xda aral k.liza akan dipindahkan ke wad jB. Lebih dekat dgn rumah mak dia.. so senang sikit org dtg.. doakan semua urusan mereka ni lancar.. syukur pada Allah.. takda yg lebih kritikal dari ini.. alhamdulillah... Alhamdulillah.. alhamdulillah...