Friday, May 18, 2012

Jom Amalkan Surah Al-Waqiah





"Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca quran, berzikir dan berdoa juga perlu dilakukan.

Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut

1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
    Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "
    (Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya). 
2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.

Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita."
Sumber dari : www.melurhasanah.com




Tapi benda ni memey aku penah buat...walopon celup2 kadang2 buat dan banyak kadang x buat....Alhamdulillah mmg btoi..rezeki murah...Allah tu Maha Kuasa kan... masa aku tengah mcm nk mampos kering yang xtau dari sumber mana nk carik...(xkn nk mencuri..berdosa...ingat tu) aku teringat masa sekolah dulu ustaz ustazah selalu pesan cuba baca pas subuh...aku pon try..masa tgh buntu2 tuh...pap! ade plak yg tetiba bayar hutang yg tah tahun bila aku pon x ingat...MasyaAllah...masa ni rasa mcm syukurnya...:) Banyak la lagi....tapi niat tiap akli baca biar ikhlas..jgn sebab nk kaya..aku rasa yg tu mungkin xkan berjaya..haha ..


pendek citer..jangan putus asa untuk berusaha..Allah ada di mana2..mintak la pertolongan bila dalam kesusahan..x rugi pon...dan bila dah dapat...syukuri segala nikmat yg diberi..jangan bongkak, sombong, riak dan berlagak x ketahuan..ingat tu! (pesan untuk diri sendiri juga)