Monday, June 8, 2015

Bandung, Indonesia

ini 1st flight yang membawa aku merantau ke negara orang. Trip ke Bandung, Indonesia. Tarikhnya aku tak ingat tapi aku sangat ingat benda ni happen few months lepas aku kawen dan join group family pak bedul ni masa tu tahun 2012.. family hubby punya mak dan pak menakan ... diorg ni ramai.. so senang bila di ajak bercuti sesama ramai je nk follow sekali

Kitorg amik hotel di area cihampelas. Cihampelas ni antara yg menarik ada banyak kedai berderet2 di kawasan hotelnya. walaupun hotelnya tidaklah besar sangat tapi cukup selesa dengan kelengkapan2 diberi.

Antara tempat wajib dikunjungi untuk kaki shopping jika ke bandung mestilah...



1. Rumah mode
rumah mode ni kawasan niaga yg jual brg2 branded tapi pada harga yg sangat mampu milik. aku ni dahla buta brand. mmg bukan sejenis perempuan yg pandai sangat brand2 ni. jenis redah je semua pun dan yg pasti kalau mahai memang xkan beli pun. haha..hubby paling suka rumah mode ni sebab banyak gila kasut yg cool2 dan tshirt2 yg ohsem. laki memang akan sukalah kesini.. dengan shades yg pelbagai jenama lagi.. clutch.. tali pinggang.. seluar2.. semualah.. untuk lelaki dan perempuan..sama rata. dia punya fitting room asing2. bgus juga kan :) tapi sini fixed price..jgn dok mintak diskaun. xde sesen pun dia bagi ye


2. Pasar Baru
Pasar baru ni kalau nak puas kena datang pagi2... kat sinilah aku dengar perkataan baru "pecah telur" which means..kita org pertama.. tawar dan beli brg tu sampai jadi. dan sedaya upaya org kedai2 situ percaya kalau mereka kehilangan customer yg mula2 untuk "pecah telur" tu.. kedai tu dikira akan suwei la sepanjang hari.. so sebab tu sedaya upaya mereka cuba close sales pepagi tu tak kira dengan berapa diskaun di minta customer.. gila kan? tapi tulah bestnya pasar baru ni.. kena ada tawar menawar skill yg hebat. kalau perlu bergaduh..silakan. hahahaha.. jgn malu2.. kalau malu mmg mahai la beli


3. Toko 3
Toko 3 ni kedai jual pakaian lagi. Tapi sini paling banyak ialah seluar JEANS yg pelbagai jenama. mcm2 ada...pada kualiti yg terbaik dan best. harga toksah cakaplah. mmg tiotop! tahan lasak baq hang! kat sini hubby dan  pak men mmg soping sakan.




4. Bandung Transtudio
bandung transtudio ni macam times square kita kat sinilah.. cuma ianya lebih besar dan ada macam2 indoor dan outdoor, ala2 genting pun hado, tapi yg bestnya dia punya games,...adoi mencabar sesangat la weiii.. aku ni jenis tak tahan main2 benda2 ni. pening! so banyaknya aku join yg indoor masuk2 show.. gitu2 je.. yg pusing2 naik turun tu..aku main dua je.. satu roller coaster F1 yg bapak laju nak mmpos! dan satu lagi ala2 solero tu.. yg naik atas dan bammm! dia tetiba jatuh ke bawah, gila betul..jntung rasa kena rentap2 tak dan nk dok diam2. hahahahaha... kat sini bila dah keluar ada byk soping shop lagi. pun brg2nya jauh lebih murah dari malaysia. kasut..jersi..purse


5. Factory outlet
Factory outlet ni maksudnya bukan dia jual barang tu sebijik macam butik2 jenama luar jual.. diorg pembuat dari material yg sama tapi mereka tidak guna brand yg sama. kira ala2 gred AAA pun ada. atau mmg sebijik barang ori tapi ditukar nama sikit atau tiada nama langsung. gitu. masa kat sini ada banyak bangunan.. kena pergi satu persatu..dan setiapnya jual benda yg lain2 tak sama. brg2 kulit memang power hendaknya.

dalam banyak2 trip shopping kat bandung masa ni.. aku paling terkesan tengok cara hidup dan taraf hidup mereka. diorg akan cuba untuk jual apa sahaja atau beri servis tak kira apa bentuk jua untuk dapat income dari pelancong2 yg datang dari serata dunia. tak kira dari kanak2 sampai yg dewasa. semua pndai gunakan peluang. penah ada satu malam tu hujan lebat dan kami jalan menyusuri kaki lima perlahan2 sambil basah2 sikit. tiba2 kami didatangi dua org kanak2 indonesia yg basah lencun sambil hulurkan payung... kami cakap kami ramai.. budak berdua tu suruh kami tunggu kejap.. diorg berlari.. mancari kawan2 mereka.. tiba2 je sampai ngam2 cukup payung untuk kami ni... ramai budak2nya.. rupanya mereka sediakan  payung dan kita bayar servis mereka selepas itu. paling terkesan di hati ialah payung tu siap mereka yg pegangkan smbil mereka basah lencun kena hujan.. kami je dipayungkan. aduhai luluh rasa hati tengok umur2 baya adik2 aku je. sedang kita senang lenang malam tengok tv atau berbual2 kosong..mereka di indonesia sibuk mencari duit. bila ditanya kenapa belum pulang.. katanya mau cari duit biaya sekolah. malam aja ada masa. siang tak boleh kena ke sekolah buat bantu mak ayah.. huwaaa!!! sedih betul rasa..  masa ni aku rasa bertuahnya aku anak malaysia, aku tak perlu mengemis sampai sebegini sekali untuk sekolah walau mak abah aku juga bukan senang orgnya. syukur aku masih dapat macam2 bantuan dari kerajaan malaysia. Alhamdulillah.


1 comment:

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/